Thursday, July 29, 2010

Siti khadijah – Kenal Lelaki Sejati

“ Anak yg berusia lebih 21 tahun harus diberi kebebasan”

“ kebebasan yang bagaimana?”

“kebebasan diiringi pemantauan’ balas ustazah lagi.

“maksudnya, ibu bapa masih memantau kebebasan itu?’

Ustazah diam.kemudian mengangguk.

“ya, itu kebebasan termimpin namanya.bukan kebebasan yang terbabas.”

“ahh..semacam terbabas pula perbincangan kita ini. Dimana kita tadi?” kata saya semacam menginngatkan.

“ anak-anak mesti diberikan kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya,” ujar ustazah mengingatkan kembali dimana stesen terakhir perbualan kami tadi.

“ pada saya sebelum diberi kebebasan memilih, kita mesti bekalkan dahulu keupayaannya untuk memilih yang terbaik,” ujar saya.

“ maksud awak?”

“ kita mesti memberi ilmu, mendidik dan memimpin anak-anak terlebih dahulu.dengan itu barulah mereka kenal yang mana baik, yang mana buruk.’

“ selepas itu barulah mereka diberi kebebasan utk memilih?”

“ Ya, barulah mereka mampu memilih yang terbaik. Jika tidak, pilihan mereka pasti tersalah,” balas saya.

“ macamlah nak membezakan antara kaca dan permata, perlu ada ilmu. Tidak ada gunanya kita memberi kebebasan memilih antara kedua-duanya tanpa ilmu.nanti terpilih kaca. Cahayanya Nampak sama.”

“ Hebat Siti Khadijah,” pintas saya tiba-tiba.

“ eh, kenapa tiba-tiba kesitu pula fikiran awak?”

“ dia hebat kerana mampu mengenal kelebihan bakal suaminya- Rasulullah,” balas saya.

“ Bayangkan, ketika ramai pemuka dan ketua Quraisy yang lebih kaya, ternama dan berpengaruh, sebaliknya dia memilih Muhammad, pekerjanya yang yatim, miskin dan ummi pula.”

“ Hanya jauhari mengenal manikam “

“ Khadijah benar-benar jauhari yang mampu mengenal lelaki sebenar !”

“ What you see is what you get. Ya, Khadijah dapat melihat kelebihan yang tersembunyi disebalik ‘kekurangan’ Nabi Muhammad. Dan akhirnya dia berjaya memiliki suami yang penuh dengan keagungan itu”

“Dia Nampak kehebatan kepimpinan di sebalik keyatiman, kebijaksanaan disebalik ‘keummian’ dan kekayaan jiwa disebalik kemiskinan harta,” balas ustazah dengan serius. Lancar benar dia berkata-kata.

Saya hanya mengangguk-angguk.

“Adakah gadis-gadis hari ini Nampak kualiti pada seorang lelaki seperti yang pernah dilihat oleh Khadijah?” Tanya ustazah tiba-tiba.

Terdiam.

“ Tapi adakah ada lagi lelaki seperti Nabi Muhammad pada zaman ini? Tidak ada.Pasti. Dan kerana itu tidak aka nada lagi wanita seperti Khadijah…”

“taklah seratus peratus. Tapi kan kita digalakkan mencontohi mereka?”

“lelaki mencontohi Rasulullah, membina sifat jujur, komited, rajin dan ikhlas dalam kehidupan.”

“ Dan nanti pasti ada wanita yang dapat melihat sifat-sifat itu seperti Khadijah?” tanya saya.

“ Ya, Khadijah punya keupayaan untuk memilih yang terbaik dan dengan keupayaan itu dia telah pun memilih yang terbaik.Kebebasan yang ada pada dirinya sebagai wanita telag dipergunakannya dengan baik.Dia bebas tapi tidak terbabas.”

“ Di situlah kehebatan Khadijah. Dia bukan sahaja wanita yang baik, tetapi mampu memilih yang terbaik.”

“ Malangnya wanita baik hari ini kekadang terpilih lelaki yang salah sebagai pasangan hidup. Kenapa?” tanya ustazah.

Sukar juga saya nak menjawabnya. Ini ada kaitannya dengan takdir.bukankah jodoh, mati dan rezeki di tangan Allah? Payah untuk dijawab, sukar untuk dipersoalkan.

“ Kenapa?” ustazah semakin mendesak.

“ Kerana wanita itu tidak benar-benar baik,” balas saya spontan.Semacam terkejut. Ya, saya sendiri terkejut dengan kata-kata yang saya luahkan sendiri.

“ Tak benar-benar baik? Apa maksud awak?

“orang yang baik akan mengenl orang yang baik.seperti Khadijah yang baik dapat mengenal Muhammad yang baik,” jawab saya. Tapi fikiran dan hati saya masih mencari-cari hujah pemutus yang lebih tepat dan muktamad.

“ Habis, awak rasa wanita baik yang tersalah pilih suami yang tidak baik itu tidak baik?

Wah, semakin emosi nampaknya ! Anak-anak murid ustazah yang turut mendengar perbualan kami semakin merapat.Semuanya perempuan .Saya benar-benar rasa seperti thorn among the roses…”

“ Ya. Who you are determine how you see. Siapa awak menentukan bagaimana awak melihat. Dan apa yang awak lihat menentukan apa yang awak akan dapat!”

“ Ini tidak adil!!”

Saya senyum. Kedengarannya macam dialog dalam filem Tiga Abdul.

“ Orang yang benar-benar baik akan dapat melihat kebaikan pada orang baik yang lain, tetapi saya tidak nafikan, orang baik pun kadang-kadang boleh tersilap. Itu mungkin ujian Allah untuk menaikkan taraf kebaikannya. Ada nabi-nabi yang diuji dengan kejahatan isteri masing-masing. Seperti Nabi Luth a.s, Ayub a.s, Nuh a.s, dan ada pula wanita solehah yang diuji pasangan yang jahat. Siti Asiah kan bersuamikan Firaun? Lalu siapa dapat nafikan kebaikan peribadi para nabi tersebut dan Siti Asiah? Mereka insane yang baik, tetapi diuji dengan pasangan yang jahat.”

Kali ini wajah ustazah dan gadis-gadis anak muridnya mula tersenyum.

Gembira melihat mereka tersenyum. Mudah-mudahan mereka akan jadi isteri-isteri solehah nanti dengan memulakan langkah awal berdasarkan kemampuan mengenal suami yang soleh. Itulah secebis atau seguris keagungan Siti Khadijah, yang menjadi insan terhampir ketika semua disisi Nabi Muhammad meminggir

petikan dari buku Nota Hati Seorang Lelaki

assalamualaikum.....

salam.....ape kabar semua? lama rasenya xberceloteh kt blog ni, setelah sekian lama baru ade kesempatan utk menulis. alhamdulillah skrg saya sudah memulakan perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan, itulah setelah dua tahun menunggu sejak balik dr pengajian dulu.alhamdulillah saya bersyukur sbb dpt bekerja disekitar lembah klang ;D dgn dapatnya pekerjaan ini , maka pengajian MA saya terpaksa di tangguhkan buat sementara. mmg agak sedih sbb akan jd ketggln dgn kwn n bbrp faktor lain tetapi atas sbb beberapa keutamaan yg lbh utama, maka saya terpaksa juga menangguhkannya. insyallah klw xde ape2 halangan bulan dec nnt akan sambung blk. bila dah keje ni mcm2 perkara jugak kn fikirkan, lg2 apabila dipostingkan ke unit yg memerlukan azam n jatidiri yg kuat. moga Allah menetapkan kekuatan iman dlm diri ini n sentiasa istiqomah dalam mengerjakan segala suruhan dan larangannya. pada tahun ni juga jika tidak ada aral melintang akan berlaku sesuatu pembaharuan dlm hidupku. masanya telah tiba jua walaupun agak lewat huhu mudah2an Allah memberkati juga merahmati........^_^