Tuesday, July 29, 2008

Khas buat diri dan sahabat yang disayangi

Terasa berat bagi kaki ini melangkah kerana setiap hari dosaku semakin bertambah. Namun Allah itu tidak pernah membebani hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaan. Oleh itu Dia telah berjanji bahawa:
’Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’ [Al-Baqarah:160]

Serulah asma’ Nya yang terkandung nama-namaNya bagi menenangkan jiwa yang lara, serulah At-Tawwab itu, Al-Ghaffar ,Ar-Rahman kerana telah dijanjikan olehNya.

’... Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.’ [Ar-Rad:28]

Agama itu sebuah pencarian wahai sahabatku. Tidaklah Allah mengurniakan hidayahNya kepada mereka yang tidak berusaha. Walhal Rasulullah s.a.w yang dicintai, kekasihNya jua pergi beruzlah di gua Hira’ sebelum menjadi seorang Rasul. Baginda bermunajat, beribadah dan berdoa. Baginda mengkaji dan mendalami erti kehidupan sambil merenung keindahan ciptaanNya untuk memahami kerosakan dan kehancuran masyarakat arab jahiliah ketika itu. Peristiwa Hijrah sendiri menekankan syariatullah dan sunnatullah bukan semata-mata mengharapkan bantuanNya kerana usaha itu sebahagian daripada tawakal. Oleh itu, ayuh sahabat perkukuhkanlah keinginan dihati, kuatkanlah munajat dimalam harimu. Berdoalah agar Allah melindungimu disetiap langkah hidup mu hingga akhirnya bisa bertemu dengan pemilik mutlak seluruh semesta.

Ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Setiap perkara memerlukan ilmu agar diri dapat beramal dengannya dan ilmu itu mestilah ilmu yang bersumberkan Quran dan Sunnah. Seorang doktor yang berilmu namun tidak beramal dengan ilmunya pasti akhirnya akan lupa dan tidak dapat lagi untuk mengubati pesakitnya, kerana luasnya dan banyaknya ilmu seorang yang bernama doktor itu apatah lagi seorang muslim seperti:

Hadis Rasulullah s.a.w : “Kebijaksanaan itu barang hilang kepunyaan orang beriman. Di mana saja ia menemuinya, dialah yang lebih berhak ke atasnya.”

Justeru,marilah kita tambahkan ilmu di dada agar kita faham apa yang dilakukan yang seterusnya akan menimbulkan bibit-bibit kemahuan untuk melaksanakannya.Diharapkan akhirnya kita akan berjaya menyampaikan kepada saudaranya.

’Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.’[Al-Imran:104]

Jadikanlah masa silam, dosa-dosamu dan kesilapan lalu sebagai pendorong untuk diri semakin dekat kepada Nya. Tiada manusia di dunia yang tidak berbuat salah melainkan Nabi dan Rasul pilihanNya. Kita tiada bezanya, tiaga guna riak dan ujub itu kerana suatu masa nanti semua pasti akan dibuka

’ Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,’ [Al-Qiyamah:14]

dan ketika itu

’Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.’[Al-Qasas:84]

Sebuah lagu lama yang ingin dikongsi. Suatu masa lalu ia hanyalah sebuah lagu yang didendangkan tanpa hala tuju. Kini aku mengerti setiap sesuatu itu tiadalah dijadikan Nya dengan sia-sia.

’Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;’ [Al-Furqan:58]

Sunday, July 20, 2008

Kerana Dia Manusia Biasa


Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.



Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb



************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.

Thursday, July 17, 2008

Masalah hanyalah perencah

“Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah”

Kalaulah kita boleh selalu berfikir sebalik kepada sebalik, kita menjadi lebih kuat untuk mendepani apa juga cabaran dan dugaan. Masalahnya kita selalu melihat apa yang terlihat oleh kita, langsung tidak mahu menduga apa yang tersembunyi di sebaliknya.
Kalau dilihat semua kesusahan itu kesedihan, yang dapat ialah kesusahan dan kesedihan belaka. Andainya ingin dilihat kepayahan sebagai kemudahan yang mungkin tersembunyi di mana-mana hati kita akan lebih berbaik sangka.
Bukan semua yang menggembirakan itu baik untuk kita, ada kalanya menjadi masalah yang sangat menyusahkan. Dan bukan semua yang tidak kita sukai baik untuk kita, ada kalanya itulah punca berbahagianya kita.
Hidup perlu dilihat dari perspektif yang berbeza-beza. Bukan ALLAH tidak kasih apabila menurunkan ujian tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang terselindung.
Apabila cuaca dikatakan buruk, ia mungkin baik untuk kitaran, tumbuhan dan serangga. Hujan yang keterlaluan dan panjang, tidak semestinya tidak baik untuk manusia. Mungkin di situlah letaknya keseimbangan pada musim yang mendatang.
Kalau dilihat semua perkara buruk sebagai buruk, hidup tidak akan lebih indah daripada ketakutan-ketakutan kita terhadap kehidupan itu sendiri. Hidup tidak perlu ditakuti. Memang wajahnya pelbagai. Tetapi takut pada hidup selalunya akan memperhodoh pandangan dan pendirian.
Kadang-kadang hidup perlu dilalui dengan selamba. Anggap semua masalah sebagai perencah. Yang menggembirakan pula sebagai kebetulan agar yang pahit tidak terlalu dirisaukan.
Hakikatnya tiada manusia bebas daripada masalah. Sejak seseorang manusia itu dilahirkan ke bumi dia menghadapi masalah. Maka itu, dia menangis hingga ditenteramkan oleh sang ibu dalam pelukan erat yang memperlindung. Apabila dia membesar sebagai kanak-kanak dia sering jatuh dan bangun. Walaupun luka, sakit dan geram, dia berusaha lagi untuk berjalan. Akhirnya dia benar-benar boleh berdiri di atas kaki sendiri.
Apakah masalahnya telah selesai? Tidak. Tatkala dia telah pandai berjalan, di situlah bermulanya pelbagai lagi masalah dalam hidupnya. Dia mengorak langkah mahu membina kehidupan, tapi langkah-langkah yang sumbang menyebabkan dia ditimpa petaka. Sehinggalah nafasnya yang terakhir, dia menghadapi masalah untuk menyudahkannya.
Lalu, ‘kehidupan’ selepas itu juga tidak menentu. Jika baik amalannya semasa hidup di dunia, dia bakal menikmati kebaikan di alam sana, jika sebaliknya dia menderita sepanjang masa tanpa penghujung.
Sama ada nikmat atau tidak hidup di dunia, kesudahannya serupa. Yang nikmat jika tidak pandai mensyukuri bakal menjadi petaka di neraka; derita jika tahu menilainya menjadi ibadah lalu bertukar menjadi nikmat di syurga.
Tidak ada manusia yang dilimpahi nikmat sepanjang masa. Ada kalanya menderita juga. Tidak ada manusia yang menderita sepanjang masa. Ada kalanya bahagia juga. Yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu melihat apa yang dikatakan derita dan apa yang dikatakan bahagia. Yang membezakan adalah persepsinya serta dari sudut apa dia melihatnya. Yang membezakan adalah pegangan apa yang dianutinya.
Fikir, renung dan lihat.....

Tuesday, July 15, 2008

Tajdid Iman: Penghayatan ilmu, hidayah bentuk peribadi Muslim

Umat Islam perlu manfaat pengetahuan untuk mengurangkan dosa

SUATU hari ketika seorang hamba membuka sebuah buku yang membincangkan mengenai iman, tanpa disengaja tajuk taubat menjadi pilihannya. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap perkataan yang dibaca dan akal berfikir kebenarannya.

Akhirnya dia berkata: "Alangkah jauhnya penyelewengan yang sudah aku lakukan selepas Allah memberi petunjuk kepadaku suatu masa dulu." Tetapi dalam penyesalan itu muncul satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, bahawa betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang lama hilang daripada jiwanya.

Ada sedikit kebenaran pada perkataan sebahagian ahli makrifah yang bermaksud, ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat.

Kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya. Berbanding dengan seseorang yang berasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa berasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan melampau atas nama ilmu dan amal.

Selepas menyedari keadaan seperti itu, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang boleh membawa kepada kefahaman dan penghayatan sebenar mengenai diri kita, Allah dan tabiat dunia yang fana ini.

Hakikat ilmu itu, ia datang dan pergi, sehingga Rasulullah SAW pernah mengingatkan sahabat dengan satu perumpamaan yang bermaksud: "Ikatlah ilmu itu kerana ia terlalu cepat hilang berbanding unta yang terikat."

Maknanya setiap insan mesti menyediakan masa untuk hati dan akalnya berinteraksi dengan ilmu. Sesiapapun yang meninggalkan ilmu dalam masa satu hari saja boleh jadi dia akan mengalami gejala kelalaian hingga mungkin jatuh ke lembah kesesatan apabila hal ini berlanjutan sekian lama.

Matlamat manusia mencari ilmu ialah untuk mencapai satu keyakinan mengenai kebenaran, selepas yakin barulah timbul penghayatan yang membawa kepada ketundukan jiwa.

Ada orang berkata: "Tak payah bacalah, sebab kami sudah membaca dan mengetahui ilmu ini." Memang benar kita sudah faham dan tahu hal itu tetapi apakah kita sudah mencapai penghayatan yang sempurna? Apakah boleh dipastikan ilmu itu sentiasa melekat di hati dan memacu diri untuk sentiasa merapatkan diri dengan Allah?

Seseorang pasti memahami perbezaan dirinya ketika dia sedang minat membaca atau ketika suka membuang masa. Tentulah berbeza keadaan jiwa dan perasaan orang yang suka menelaah, mengkaji dan membahas ilmu berbanding orang yang suka termenung dan mendengar hiburan.

Mungkin kita perlukan pendedahan tajuk ilmu yang sama pada masa tertentu, seperti saat kita sedih ditimpa musibah, tajuk sabar dan syukur adalah sesuai di kala itu. Jika rezeki bertambah atau naik pangkat, pendedahan mengenai alam akhirat mesti lebih difokuskan supaya diri tidak tenggelam dalam nikmat dan tipu daya dunia.

Apabila kurang nikmat ibadah, tidak khusyuk dan rasa keras hati eloklah ingat ilmu zuhud dan mengingati mati. Namun demikian, segala ilmu berpusat pada induknya iaitu al-Quran dan hadis. Barang siapa menginginkan kesempurnaan ilmu mestilah mendekatkan diri kepada keduanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjukkan orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap-gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Surah al-Maidah, ayat 15-16)

Bagaimana halnya dengan orang yang sudah mencapai darjat alim yang tinggi? Adakah perlu baginya membaca dan menuntut ilmu lagi selepas kedudukannya itu? Alangkah baiknya jawapan al-Imam Sufyan bin 'Uyainah, ulama Tabi'in tersohor pada zamannya apabila ditanya hal ini: "Siapakah manusia yang paling berhajat kepada ilmu? Beliau berkata: Orang yang paling alim di kalangan mereka. Beliau ditanya lagi: Mengapa begitu? Dijawabnya: Kerana kesalahan orang yang alim dalam ilmunya lebih jahat dan teruk berbanding orang jahil."

Orang yang pandai membeza antara hak dan batil tetapi memilih yang batil kerana hawa nafsunya tentu amat besar dosa diperolehnya akibat melanggar larangan Allah. Bukan kerana jahil tetapi 'terlalu cerdik' sehinggakan akalnya mahu berdolak-dalih untuk menghalalkan apa yang nyata haram di sisi agama, semata-mata menurut hawa nafsu manusia.

Bukan setakat itu saja, dia pula mengajak orang lain melakukan jenayah sama atas nama kecerdikan dan kewarasan palsu. Jelaslah bahayanya orang alim melakukan kejahatan dengan jenayah ilmunya yang tidak dipraktikkan semata-mata kerana mahu mengikut hawa nafsu manusia.

Sungguh pelik, orang yang jauh dan mendalam ilmunya mengenai Allah tetapi sekelip mata boleh berpaling daripada-Nya. Mereka adalah orang yang mengenal kejahatan syaitan tetapi sebaliknya boleh terpedaya menjadi pengikut syaitan.

Mereka adalah orang yang mengenal tipu daya dunia tetapi rela menjadi hamba dunia yang hina. Di situlah letaknya kelemahan manusia, setinggi mana ilmu diperoleh namun jika hidayah Allah tidak bersamanya maka segala kefahaman agama dan penghayatan hakiki menjadi sia-sia. Dalam keghairahan menuntut ilmu, jangan lupa memohon petunjuk dan hidayah Allah supaya ilmu itu bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Kerana ilmu yang sudah terpahat dalam ingatan dan hati sanubari tidak dijamin dapat kekal selamanya melainkan atas kuasa Allah. Adakalanya seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada ilmu yang dituntutnya, belajar mengaji bertahun-tahun tetapi perangai tak berubah-ubah, akhlak dan ibadatnya masih seperti ketika dia tidak berilmu. Jadi untuk apa letih-letih mencari ilmu jika tiada penghayatan?

Ada pula orang yang belajar hanya setakat ilmu Taharah, selama bertahun-tahun diulang-ulang lagi tanpa ada peningkatan. Takkan nak main air saja, bila lagi masa untuk belajar sembahyang yang khusyuk, memahami doa yang dibaca, belajar tafsir al-Quran dan mengikuti al-Hadis? Akhirnya orang ini tak sampai pada tujuan sebenar kerana hampir tiada peningkatan iman yang ketara.

Al-Imam Ibnu Abdul Barri meriwayatkan daripada Abu Ghassan, katanya: "Kamu sentiasa menjadi alim selagi mana kamu tetap menuntut ilmu, apabila kamu merasa cukup maka sesungguhnya kamu telah menjadi jahil."

Perjalanan mencapai reda Allah tiada penghujungnya. Bagaimana mungkin seseorang boleh berkata: "Telah cukup ilmuku dan telah baik amalanku." Padahal perkataan itu umpama rantai yang mengikat kakinya ke bumi sehingga dia tidak akan sampai ke destinasi yang dijanjikan Tuhannya.

Sunday, July 13, 2008

4 golongan laksana risalah Allah

Nabi, siddiqin, syuhada dan salihin tonggak keberhasilan masyarakat unggul

SETIAP Muslim wajib membaca surah al-Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam jika dia masih mahu diperakui sebagai seorang Muslim. Dalam surah yang dibahagikan menjadi dua bahagian oleh Allah itu membabitkan sebahagian milik-Nya dan sebahagian lagi milik hamba-Nya � seorang Muslim selalu berdoa, ihdinassiratal mustaqim, anugerahkan kami petunjuk menuju jalan yang lurus. Dan jalan yang lurus ini adalah jalan orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT. Siapa mereka?

Dalam surah lain, orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah adalah maksudnya: "Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi, siddiqin, orang yang mati syahid dan orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." � (al-Nisa: 69)

Ayat ini datang sejurus selepas ayat yang bermaksud: "Dan pasti Kami tunjukkan mereka kepada jalan yang lurus." � (Surah al-Nisa: 68)


Begitu pula apabila kita membaca tahlil dan doa arwah, kita sentiasa mendoakan mereka supaya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang dianugerahi nikmat daripada nabi, siddiqin, orang mati syahid dan orang soleh. Allahumma unqulhum min diq al-qabri wa al-luhud ila jannatika jannatil khulud... Ya Allah, pindahkan mereka daripada sempitnya kubur dan liang lahat ke taman syurga-Mu yang kekal bersama orang yang Engkau anugerahkan nikmat daripada golongan nabi, siddiqin, syuhada, dan salihin.

Empat golongan inilah yang menjadi tonggak keberhasilan dakwah setiap nabi yang membawa risalah agama. Jika tidak ada mereka, maka risalah itu akan sia-sia tanpa makna. Mereka adalah golongan yang mempercayai risalah ajaran agama yang diturunkan Allah kepada manusia.

Nabi sebagai pemimpin membawa risalah agama, siddiqin sebagai pengikut mempercayai bulat-bulat ajaran risalah berkenaan. Syuhada pula sebagai pengawal memperjuangkan dengan harta dan nyawa mereka risalah yang dibawa nabi itu, manakala salihin sebagai pelaksana adalah golongan manusia yang mengamalkan risalah secara amnya agar agama Allah tetap dilaksanakan di muka bumi. Dengan kewujudan empat golongan manusia ini maka terserlah pelaksanaan risalah Allah dan sempurnalah agama.

Keempat-empat golongan ini adalah tonggak keberhasilan masyarakat utama yang unggul yang dicita-citakan al-Quran. Dengan kewujudan mereka, nikmat dan rahmat kurnia Allah akan diperoleh oleh sesuatu umat.

Imam Fakhrurrazi dalam kitab tafsirnya, Mafatih al-Ghaib, jilid 5, muka surat 273-278 menjelaskan secara terperinci keempat-empat golongan dalam ayat 69 Surah al-Nisa di atas.

Jika nabi sudah jelas siapa sebenarnya mereka, tapi siddiqin, syuhada dan salihin belum jelas personaliti mereka. Oleh itu, Imam Fakhrurrazi ketika sampai pada penjelasan nabi tidak menjelaskan secara terperinci. Tapi, baki tiga golongan dijelaskan lebih lanjut. Kenabian adalah sifat yang tidak boleh didapati oleh siapa pun kecuali diberikan Allah, manakala sifat siddiq, syahid dan soleh boleh diperoleh oleh sesiapa yang mendambakan dan mencarinya.

Dalam mentafsir tiga sifat berkenaan, al-Razi menyebut bahawa ada yang berpendapat ketiga-tiga sifat itu hanya dimiliki oleh seseorang saja tapi ada juga yang berpendapat bahawa ia boleh dipisahkan yakni masing-masing satu sifat bagi tiga golongan manusia.

Siddiqin pula ada yang berpendapat bahawa mereka adalah mana-mana individu yang mempercayai mana-mana agama, atau pembesar di kalangan sahabat nabi, atau orang yang terdahulu mempercayai nabi.

Di pihak lain, syuhada tidak hanya dikhaskan bagi orang yang mati syahid dalam memerangi orang kafir tapi ia lebih luas lagi daripada sekadar terbunuh dalam peperangan. Al-Razi mempunyai beberapa alasan mengenainya termasuk pengertian syahadah lebih luas daripada hanya mati syahid tapi ia juga boleh bermakna apapun perjuangan dan orang mukmin diajarkan untuk berdoa meminta syahadah di mana jika ia diertikan dengan mati syahid saja maka ia dilarang oleh agama kerana kita dilarang untuk memohon kematian dari Allah.

Jadi, pengertian syuhada dalam ayat ini adalah orang yang mempercayai kebenaran agama Allah menerusi perjuangan dengan hujah dan penjelasan mahupun perjuangan pedang dan alat peperangan yang lain.

Akhirnya, orang soleh adalah orang yang betul dan benar akidah serta amal ibadahnya kerana kebodohan adalah kerosakan i'tikad, manakala maksiat adalah kerosakan amal ibadah. Kesimpulannya menurut al-Razi setiap siddiq adalah syahid tapi tidak setiap syahid adalah siddiq. Begitu pula, setiap syahid adalah orang soleh tapi tidak setiap orang soleh adalah syahid.

Keempat-empat golongan di atas adalah pelaku dakwah, sekali gus hasil daripada kejayaannya yang dilakukan berdasarkan ayat yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk." � (Surah al-Nahl:125)

Dalam konteks umat Nabi Muhammad SAW, keempat-empat golongan adalah hasil upaya Nabi yang dijelaskan al-Quran maksudnya: "Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan." � (Surah al-Nahl:127)

Dalam beberapa riwayat hadis dikisahkan bahawa ada beberapa sahabat nabi berasa sedih dan gundah gulana apabila memikirkan keadaan masa hadapan di akhirat. Seorang antara mereka ada yang berkata kepada Rasulullah bahawa dia selalu mengingati Baginda walaupun dia sudah sampai di rumah kemudian kembali lagi ke masjid hanya untuk berjumpa dengan Baginda. Yang menyedihkannya adalah jika di akhirat kelak, bagaimana dia boleh berjumpa dengan Nabi kerana dia tidak sedarjat. Allah mendengar rintihan ini dan tidak membiarkan kesedihan lama berlaku maka diturunkan wahyu yang memberi khabar gembira dalam ayat 69 Surah al-Nisa di atas.

Walaupun mereka tidak sedarjat dengan Nabi, tapi mereka boleh bersama dengan Nabi sebagai habuan daripada taat mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.

Satu pertanyaan yang mungkin dibangkitkan di sini adalah bagaimana dengan kehidupan hari ini di mana sudah tidak ada Nabi lagi?

Kemusykilan di atas boleh diatasi dengan satu kenyataan bahawa ulama adalah pewaris Nabi. Jadi penyebar ajaran agama menjadi tanggungjawab ulama dan di samping ulama ada siddiqin, syuhada dan salihin yang selalu berganding bahu dalam menegakkan agama Allah.

Agama Allah memerlukan ulama, siddiqin, syuhada dan orang salih agar ia tetap hidup menurut rancangan Ilahi. Dengan tegaknya agama Allah yang dilaksanakan oleh keempat-empat golongan ini maka kenikmatan hidup di dunia akan dikecapi oleh umat sebagaimana mereka akan mengecapi di akhirat kelak. Oleh itu, jika masyarakat ingin mendapatkan nikmat dunia maka mereka mestilah menghargai keempat-empat golongan ini agar keberkahan hidup dianugerahkan Allah.

Dalam sebuah hadis disebutkan maksudnya: "Hai manusia, sesungguhnya ilmu itu didapati dengan belajar, dan faham agama itu dengan menuntut faham, dan siapa yang Allah menghendaki kebaikan pada dirinya, Dia menjadikannya memahami agama, dan sesungguhnya yang takutkan Allah itu adalah ulama'. (Hadis riwayat Bukhari)

Keempat-empat golongan ini dalam menjunjung tugas melaksanakan ajaran agama akan sentiasa mengingati perintah nabi yang bermaksud: "Tegakkan batas-batas Allah pada yang hampir dan yang jauh dan jangan pedulikan celaan orang yang mencela di dalam perkara agama Allah." � (Hadis riwayat Ibnu Majah). Dan juga hadis yang bermaksud: "Maka sesungguhnya kamu dibangkitkan sebagai orang yang bersikap pemudah bukannya pemayah." � (Hadis riwayat Bukhari)

Keempat-empat golongan ini akan menjadikan manusia sebagai manusia dan menonjolkan kemanusiaan manusia bukan kebinatangan manusia agar mengecapi kenikmatan hidup. Mempromosi kemanusiaan manusia adalah satu keindahan.


Saturday, July 12, 2008

Rezeki uji ketahanan motivasi, ikhtiar diri

Umat Islam digalak sentiasa bekerja keras untuk kebahagiaan dunia, akhirat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjadikan akhirat sebagai matlamat tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan hati padanya, memudahkan urusannya dan dunia akan datang sendiri kepadanya, dan barang siapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya, maka Allah akan memberi rasa fakir kepadanya, menyulitkan urusannya, dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Mafhum hadis menjelaskan cara untuk mendapatkan dunia adalah dengan menjadikan akhirat sebagai tujuan dan matlamat akhir perjalanan hidup seseorang. Ia tidak menjadikan dunia kecuali hanya sebagai tempat untuk mempersiapkan bekal baginya di akhirat.

Sikap menetapkan kehidupan untuk mencari bekalan akhirat, dengan sendirinya dunia akan datang menghampiri mereka tanpa perlu bersusah payah.

Dalam kehidupan seharian, kita sering menyaksikan manusia berusaha dan berjuang bermati-matian untuk mengejar dunia. Pola hidupnya untuk mendapatkan dunia menjadikan mata hatinya tertutup, sehingga ia tidak dapat membezakan antara yang halal dan haram.

Waktu yang sepatutnya digunakan untuk menghadap dirinya kepada Allah dengan beribadat dan beramal salih, diabaikan begitu saja hingga jiwa gersang daripada nilai spiritual menyebabkan hadir rasa tamak haloba serta tidak puas dengan apa yang diperoleh.

Mengapa ia harus berbuat sedemikian, bukankah cukup jelas sabda Rasulullah SAW di atas memberitahu kita bagaimana caranya untuk mendapatkan dunia, iaitu dengan menjadikan akhirat sebagai matlamat akhir dari sebuah perjalanan hidupnya yang pasti ia tempuhi dan lalui.

Justeru itu, kita mempertajamkan mata batin kita dengan melakukan hal-hal positif, kita sirami kegersangan jiwa kita untuk mengingati Allah SWT, kerana mengingati Allah itu adalah suatu pekerjaan dan urusan yang besar dan amat mustahak melebihi dari segala-galanya serta mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba-Nya.

Kita hiasi identiti keislaman kita dengan cara menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dengan itu semua, akan menjadi magnet yang dapat menarik pelbagai citrawara dunia dan isinya, sehingga dengan sendirinya dunia akan mendatanginya.

Dengan cara seperti inilah seharusnya kita sebagai umat Islam mengejar dan mendapatkan dunia di sisinya. Apabila Allah menetapkan rezeki bagi seseorang, tidak seorang pun dapat menghalangi walau bagaimana kuat usahanya.

Orang yang yakin dan mengerti bahawa rezeki itu sudah ditetapkan Allah, tentu tidak akan menyebabkan kegelisahan bagi dirinya sehingga lupa makan dan minum, apatah lagi kewajipan terhadap agamanya. Ia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehnya.

Apabila sudah berhasil, tentu tidak akan lupa untuk mensyukuri nikmat Allah atau mengeluarkan zakat dan membelanjakannya di jalan Allah.

Allah Taala berfirman kepada malaikat-Nya yang diserahi urusan pembahagian rezeki bagi anak Adam, sebagai pedoman kerja dan tugas pelaksanaan bagi mereka dengan maksudnya: “Hamba-Ku yang manapun lelaki atau perempuan yang kamu dapati mempunyai tujuan dan cita-cita hidupnya hanya satu, iaitu menghambakan diri kepada-Ku sehingga segala amalan perbuatannya solat, ibadat, hidup dan matinya semata-mata untuk-Ku, jaminkanlah rezekinya yang ada di langit dan di bumi, bukakanlah jalan yang mudah untuk mendapatkannya.” (Hadis Qudsi).

Pengertian rezeki ialah sesuatu yang dapat diambil manfaatnya oleh makhluk seperti makanan, pakaian dan lain-lain. Menurut Ahli Sunnah Waljamaah, yang dinamakan rezeki itu yang diperoleh walaupun dengan jalan haram, seperti rasuah, hasil curian, penipuan, perjudian dan lain-lain. Tetapi hendaklah kita selalu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Orang yang pemalas sempit rezekinya lagi sedikit. Bekerja dan berusaha adalah sunnatullah yang ditetapkan-Nya untuk memakmurkan bumi ini.

Pada bumi Allah ini berlimpah ruah segala macam rezeki, sampai di lubang batu, di gunung, di dasar laut, di angksa raya dan di mana saja terpulang kepada yang bekerja dan berusaha untuk mendapatkannya.

Dinyatakan dalam hadis, bahawa seorang hamba mesti berusaha dan bekerja mencari rezeki, tidak boleh malas. Seorang Muslim mesti rajin, giat berusaha dan bekerja dengan penuh jujur dan ikhlas terutama untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mempunyai satu keinginan (akhirat) nescaya Allah mencukupi kehidupan yang diinginkannya di dunia. Barang siapa yang keinginannya bercabang-cabang, Allah tidak akan memperdulikan kebinasaannya di lembah manapun di dunia ini (ia berada).” (Riwayat al-Hakim, Baihaqi, Ibnu Majah).

Hidup di dunia sebagai sebuah perjalanan yang penuh pancaroba dan ujian. Betapa pentingnya ujian bagi orang beriman, sehingga Allah SWT memberikan sindiran kepada orang yang ingin masuk syurga tanpa melalui ujian yang berat.

Firman Allah bermaksud: “Apakah kamu mengira akan masuk syurga sedangkan belum datang kepada kamu ujian sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan berbagai dugaan, sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya, bilakah datangnya pertolongan Allah. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Surah al-Baqarah, ayat 214).

Ada empat jenis ujian yang Allah berikan kepada orang beriman:

Pertama, ujian yang berbentuk perintah. Contoh paling ekstrem adalah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya yang sangat disayangi. Tetapi Nabi Ibrahim menjalankan perintah dan ujian yang amat berat itu dari Allah dengan penuh keikhlasan dan keteguhan imannya.

Kedua, adalah ujian berbentuk larangan. Contohnya adalah apa yang terjadi pada Nabi Yusof yang diuji dengan seorang perempuan cantik, isteri seorang pembesar Mesir yang menggodanya untuk melakukan maksiat. Tetapi Nabi Yusof teguh imannya tanpa mengerjakan perbuatan berkenaan.

Ketiga, adalah ujian yang berbentuk musibah. Contohnya Nabi Ayub diuji Allah dengan penyakit yang amat hebat, sehingga tidak ada sebesar lubang jarum pun dalam badannya yang selamat dari penyakit itu kecuali hatinya. Lapan belas tahun lamanya ia menanggung penyakit itu dengan penuh ujian dan ketabahan.

Keempat, adalah ujian melalui pihak ketiga. Contohnya ialah apa yang pernah dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya tertutama ketika berada di Makkah. Sudah cukup memberi pelajaran dan teladan bagi kita, betapa keimanan itu diuji dengan berbagai cara dan percubaan yang berat serta dahsyat yang menuntut pengorbanan harta benda bahkan nyawa.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya besarnya ganjaran pahala sesuai dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya apabila Allah menya-yangi suatu kaum, Dia akan menguji mereka, maka barang siapa reda baginyalah keredaan Allah, dan barang siapa marah baginyalah kemarahan Allah.” (Riwayat at-Tirmizi).

Masih banyak manusia yang tidak menyedari akan erti matlamat hidup dan ujian Allah. Seringkali kita berasa kecewa apabila hal berkenaan tidak sesuai dengan harapan dan hasrat kita. Pada hal di sebalik itu semua adalah sebagai ujian dalam hidup kita semua, sejauh manakah keimanan kita terhadap Allah.

Allah berfirman maksudnya: “Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji?” (Surah al-‘Ankabut, ayat 2).

Ujian itu tidak hanya diberikan untuk sebahagian orang atau sekelompok golongan, tetapi mencakupi semua manusia dan umat Islam khususnya seperti firman-Nya bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang yang dusta.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 3).

Tidak ada yang kekal di dunia ini, selain daripada perubahan dan ujian itu sendiri. Maka tawakal dan ikhlas adalah hal yang utama yang pasti dipegang oleh setiap individu. Bertawakal, kemudian mengerjakan segala urusan dengan sungguh-sungguh, dan ikhlas terhadap apa yang akan datang dan pergi. Kerana dunia hanya tempat persinggahan sementara yang penuh dengan ujian dan matlamatnya.

Thursday, July 10, 2008

Pengemis Buta dan Nabi Muhammad SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, ia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si
pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya....

Wednesday, July 9, 2008

assalamualaikum wa ahlan wasahlan ^_^


bismillahirrahmanirrahim......

alhamdulillah selawat dan salam kpd junjungan alam rasulullah S.A.W dan pengkut2nya yg dijalannya.alhamdulillah semalam bersamaan 8 julai 2008 akhirnya aku berjaya jugak mengaktifkan blog baru aku ini,walaupun artikel2 sudah aku post tp mukaddimah dr aku br ditulis,xperlah artikel tu pun dr koleksi aku jer sbb tu aku mskkn dulu.sbnrnya aku xderlah minat sgt nk wat blog ni,sbb aku rasa org yg wat blog ni mesti kn byk menulis n kn rajinla cari bnd baru,padahal aku mmg xpandai la tulis2 ni,lgpn antara membaca n menulis aku rase aku lebih kpd membaca,itupun baca hya yg aku minat jek.dgn sbb ini lah mak aku sell sound spy xyah beli kitab byk2 sbb bila aku kt umah mmg jarang dia tgk aku baca kitab huhu tp sebb time aku baca dia xnampak so xleh watpe la kn :) tp dgn pglmn aku ms kt kolej wat tesis dulu, aku rase tiba masanya utk aku menulis.sbg salah satu unsur dakwah aku tp dlm ms yg sama ia jugk dpt bg aku kerja dlm keadaan yg terlebih masa ni huhu n wujudnya blog ni pun ats bbrp sebb n permintaan yg xdpt aku nyatakan.peribahasa cina ade menyebut " Tinta, walaupun kelihatannya amat pucat dan mengering adalah lebih baik daripada memori yang paling hebat ".cmn korg rasa hebat x?ni belum peribahasa dr org islam lg huhu apepn aku harap blog aku ni akan dapat byk manfaat kpd sahabat2 n adek2 aku khususnya juga muslimin amnya,kpd kawan2 yg dah singgah aku ucapkan ribuan terima kasih,n kpd yg belum singgah sila2 la singgah.free je kan.....:) kpd yg nk bual2 aku dah sediakan ruang sembang,leh la nk bual2 tp klw nk makan ke minum ke wt sendirila.menu x disediakan,maklumla blog org bujang huhu juga xlupe aku alu2kan komentar2 atau kritikan yg membina serta cdgn2 yg boleh aku ketghnkan sbg topik perbualan.sekian.....

wassalam (^_^)

kisah kasih sayang

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang
aku.Tiba-tiba! , adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi
perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi
kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku melaung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah
dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Ka! kak perempuan...biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di
atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pem! uda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Akucukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak takpeduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengena! kan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak. Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya
luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan ! ; simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang ya! ng paling
anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.""Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.....

carilah kecantikan sejati

Menginginkan kecantikan dan suka kepada kecantikan tidak menjadi satu kesalahan. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang, tidak kira yang cantik ataupun yang hodoh, sukakan kecantikan. Bukan itu sahaja, Tuhan yang kita sembah itu pun sangat cantik. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadisnya, Allah itu indah dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak
pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.

Allah juga cinta pada keindahan, sebab itulah Islam yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi anutan manusia ini juga sangat indah. Dan salah satu ciri keindahan Islam ialah ajarannya sangat cocok dengan fitrah semula jadi manusia. Jika ada orang yang mengatakan Islam itu tidak indah, bukan Islam yang tidak indah tetapi jiwa orang itu yang tidak indah. Begitu jugalah dunia ciptaan Allah ini, ia juga sangat indah.

Wanita juga adalah ciptaan Allah dan tentu sahaja wanita cantik. Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan pelbagai manusia, maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya. Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendek kata kecantikan itu sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi. Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut, tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh- Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Kecantikan ini jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Kecantikan akhlak adalah satu yang abadi. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran yang cerdik. Nafsu menilai pada bentuk tubuh yang menarik. Tetapi hati pula
menilai kecantikan pada akhlak dan budi. Dan kecantikan akhlak ini lebih diterima oleh semua orang berbanding kecantikan wajah dan tubuh badan.

Misalnya, orang jujur, siapa pun sukakannya. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, dan fizikal, penilaian manusia tetap tidak sama.
Macam-macam tafsiran boleh didapati. Jika ada yang meletakkan kecantikan pada hidung, ada pula yang menyatakan kecantikan terletak pada mata. Pepatah mengatakan, 'beauty is in the eye of beholder'. Sejajar dengan erti kecantikan yang hakiki, Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara justeru kecantikannya. Dan kecantikan ini memberi manfaat kepada semua orang. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik. Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat.

Sebaliknya, melalui pengalaman hidup, kita dapati ramai wanita cantik yang musnah dirinya dan memusnahkan orang lain. Kenapa terjadi demikian? Ada ungkapan yang berbunyi, 'kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasai dirinya cantik dan mempamerkan kecantikan'. Mungkin kenyataan ini ada benarnya. Tetapi hakikatnya, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka itu akan menyebabkan pemiliknya akan hilang kawalan
diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran.

Lihatlah di sekeliling kita. Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Ramai wanita cantik telah diperalatkan ke arah aktiviti-aktiviti kemungkaran.
Kecantikan mereka telah dieksploitasi oleh nafsu dan kepentingan duniawi semata-mata.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah r.a, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Oleh itu dapatkanlah kecantikan sejati. Carilah wajah hati dan rupa budi yang menawan. Ingatlah bahawa kecantikan itu bermula dari dalam ke luar.
Bukan sebaliknya. Oleh itu, pertama, tanamkan di dalam hati kita iman berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Kemudian iman ini
buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah
akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, tapi jangan buruk perangai.

Begitu juga, rambut yang dianggap sbg "mahkota wanita" itu hendaklah ditutup. Ini bukanlah bererti menutup kecantikan wanita. Kecantikan itu
tidak seluruhnya terletak pada rambut, hingga menutup rambut boleh menghilangkan kecantikan wanita. Ya, memang rambut mahkota wanita, justeru mahkotalah ia tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Ratu hanya memakai mahkota
dalam majlis-majlis tertentu, di hadapan orang-orang tertentu. Dia tidak memakai mahkotanya ke pasar, ke tempat-tempat awam kerana takut akan ada orang yang merompak atau mencurinya.

Begitulah rambut kepada wanita, jika ia dianggap mahkota maka ia perlu disimpan dengan baik. Ditutup dengan kain yang sopan. Dan hanya dipamerkan kepada orang yang berhak yakni kepada suaminya. Tidak, kecantikan wanita
tidak akan terlindung hanya dengan dia menutup tudungnya, kerana ada banyak kecantikan lagi yang boleh dipamerkannya. Misalnya, kecantikan tuturkata, tingkah laku dan budi pekerti.

Bagaimana masih boleh kelihatan cantik walaupun telah menutup aurat? Seperti yang telah dikatakan tadi, jagalah hal-hal yang lain yang boleh dipamerkan. Misalnya, wajah kita biarlah bercahaya, pakaian kita kemas, muka kita bersih
dan pandangan kita lembut. Bahagian muka dan tangan yang dibenarkan bolehlah dijaga dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan kekemasan pakaian.

Janganlah menutup aurat sahaja yg dpertahankan tetapi kebersihan dan kekemasannya diabaikan. Itu juga menjadi kewajipan. Walaupun anda tidak cantik tetapi ini tidaklah bermakna anda harus merasa malu. Ini kerana anda mesti punya kelebihan tersendiri yang boleh menarik hati orang lain kepada anda. Apakah kelebihan itu? Ya, anda sendiri mesti mengetahuinya dan itulah nanti yang anda perlu manfaat untuk membuang rasa malu tidak bertempat yang singgah di hati anda sekarang.

Untuk mendapat kasih sayang, anda tidak perlu cantik. Tetapi apa yang penting ialah berikanlah kasih sayang. Jika anda mula memberi, insya-Allah
akan anda akan menerimanya semula nanti. Rupa sesebuah keluarga bukanlah terletak hanya pada wajah anggota keluarga itu, tetapi yang lebih penting ialah pada akhlak dan kebaikannya. Anda tidak boleh mengubah wajah anda, tetapi anda boleh mengubah kelakuan anda. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik.

Ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan gauli, semakin hari semakin menawan pula. Sudah terlindung
hidungnya yang pesek dek akhlaknya yang baik. Anda boleh menjadi orang itu. Dan percayalah anda akan disayangi bukan sahaja oleh keluarga anda dan orang lain bahkan Allah juga akan menyayangi anda. Burulah kecantikan yang sejati,
kerana di situlah ketenangan dan kebahagiaan abadi......

Muhasabah diri setiap muslim

1. Apakah anda setiap hari selalu shalat shubuh berjamaah di masjid ? (bagi ikhwan)

2. Apakah anda selalu menjaga shalat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi ikhwan)

3. Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?

4. Apakah anda rutin membaca dzikir setelah selesai melaksanakan shalat wajib?

5. Apakah anda selalu menjaga shalat sunnah rawatib sebelum dan sesudah shalat wajib?

6. Apakah anda hari ini khusyu’ dalam shalat, menghayati apa yang anda baca?

7. Apakah anda hari ini mengingat mati dan kubur?

8. Apakah anda hari ini mengingat hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?

9. Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga?

10. Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan dari api neraka? Karena: "Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, "Wahai Allah! Masukkanlah ia ke dalam syurga", dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, "Wahai Allah! Selamatkan ia dari api neraka"." (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6)

11. Apakah anda hari ini membaca hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?

12. Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik?

13. Apakah anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau?

14. Apakah anda hari ini menangis karena takut kepada Allah?

15. Apakah anda selalu membaca dzikir pagi dan sore hari?

16. Apakah anda hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah anda perbuat?

17. Apakah anda telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidurnya." (HR. Muslim)

18. Apakah anda telah berdo’a kepada Allah agar Ia menetapkan hati anda di atas agama-Nya?

19. Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdo’a kepada Allah di waktu –waktu yang mustajab?

20. Apakah anda telah membeli buku-buku islam untuk memahami islam? (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang diikuti oleh para sahabat Nabi, karena banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran justru merusak pemahaman Islam yang benar).

21. Apakah anda memintakan ampun kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Karena dengan mendo’akan mereka anda mendapat kebaikan pula. (Shahih Al-Jami’ No. 5902)

22. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat Islam?

23. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?

24. Apakah hari ini anda telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang membutuhkan?

25. Apakah anda dapat menahan amarah yang disebabkan karena urusan pribadi dan berusaha untuk marah karena Allah semata?

26. Apakah anda telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri dari sikap sombong dan membanggakan diri?

27. Apakah anda telah mengunjungi saudara –saudara seiman dan seagama (ikhlas karena Allah semata)?

28. Apakah anda telah berdakwah untuk keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang yang ada hubungannya dengan diri anda?

29. Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?

30. Apakah anda selalu mengucapkan "Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun – Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya" jika anda mendapat musibah dari Allah? Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Hendaklah masing-masing kalian melakukan istirja’ (mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun) pada setiap hal meskipun ketika tali sandalnya putus karena hal itu termasuk musibah." (Hadits hasan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib No. 140)

31. Apakah anda hari ini mengucapkan do’a: "Allahumma Innii A’uudzubika an Usyrikabika wa Anaa A’lam wa Astaghfiruka Limaa laa A’lam – Ya allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu sedangkan aku mengetahui dan aku memohon ampunan-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui." (Shahih Al-Jami’ No. 3625). Barang siapa yang mengucapkannya maka Allah akan menjauhkan darinya dari syirik besar dan syirik kecil.

32. Apakah anda selalu berbuat baik kepada tetangga?

34. Apakah anda telah membersihkan hati dari sombong, riya, hasad dan dengki?

35. Apakah anda telah membersihkan lisan anda dari perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya?

36. Apakah anda selalu takut kepada Allah dalam hal penghasilan, makanan, minuman dan pakaian?

37. Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?

"Akhi muslim, jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan nyata, agar engkau mendapat ridla Allah dan menjadi orang-orang yang beruntung di dunia dan di akherat, Insya Allah."

nilai keikhlasan

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia.Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ...Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ."Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya."Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".Dengan suara perlahan isterinya berkata,"Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu.Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..." Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya.. bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.Dia kemudian tertunduk dan menangis .

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang
perlu diperbaiki...
wallahualam.....

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita,sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita.INSYA ALLAH."

WASSALAM ...

Najmun7