Thursday, September 18, 2008

Qalbun.....

assalamualaikum....

ape kabar semua?diharapkan semua dlm keadaan sihat di bulan yg mulia ini.dan mudah2an kita dpt pertingkatkan segala amalan kita di bulan yg diturunkan al-Quran ni.setahun sekali jekan.so jgn malas2 k kawan2.lawan n mujahadah la sikit.bukan selalu Allah nk bg bonus kat kita kan,bulan ni jek.klw dlm urusan dunia mesti semua kita cepat dan laju je tp klw bab akhirat knp kita agak lambat n ade alasan??....jd arini seperti tajuk yg tertera di atas kita akan bincang pasal "al-qalb" yg bermaksud hati.bab2 hati ni mmg best kalau nk citer sbb setiap org berbeza2 ceritanya.yg tahu Allah jek.malaikat pun xtahu,sbb tu klw kita d niat jahat malaikat xtulis niat jahat kita tp klw dah lakukan perkara jahat tu baru malaikat tulis.begitulah ajaibnya ciptaan Allah hati ni dlm diri manusia.walaupun saiz hati kita agak kecil tp kuasanya hampir seluruh badan kita.hati.........kadang-kadang kite pelik...kite terpk...kenape org tu dulu sekolah agama, dah besar pegi clubbing?kenape dulu org tu pakai tudung skang tak pakai tudung?kenapa dulu org tu ustaz skang da jadi lain?nk kata xde ilmu xlogik tp knp?sbb hati itu qalb... qalb itu makna berbolak balik.mungkin kita juga akan jadi seperti mereka.hari ni kita baik ... due tige tahun belum tentu kita baik.hari ni dia penagih dadah...dua tiga tahun belum tentu dia jahat lagi. sabda rasulullah saw..."Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia (Allah) membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-Nya” (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi.sebab itu kadangkala kita gembira.kadang kala kita sedih.kadangkala kita kuat ... kadangkala kita lemah.tp sbg manusia kita jgnla ikutkan sgt karenah hati tu,kita kena ajar n didik hati kita supanya jd hati yg suci dan bersih.bagaimana nk jaga hati?byk yg nabi ajar pd kita kan,cth zikir,bc quran,bgn tgh malam dan mcm2 lg.....cuba kita tgk sahabat2 nabi dulu,ape yg mereka ade berbndg kita zaman sekrg?ikutkan msjd kita lg cantik dr dulu tp knp msjd kita xmeriah n penuh spt zaman nabi dulu.sbb skrg org byk mslh hati,klw dtg msjd pun ade jek xkena sesama jemaah.org tu kata itu,org tu kata ini.macam2 karenah ade.semua berpunca dari hati kita.sbb tu sahabat2 nabi dulu berani bekorban utk nabi dan agama sbb dlm hati mereka ade Allah dan rasul jek.mmg kita nk ikut mcm dorg xmampu tp cubalah sekadar ape yg kita mampu.cb didik n jaga hati kita supaya tidak tercalar walaupun sikit pun.sbb klw dah teruk hati kita ni susah nk patah balik.sampai satu tahap kita wat dosa besar kita xde rase ape2.igtla kwn2 spt doa di ajar nabi saw: “ya muqallibal qulub sabbit qulubana ala dinik" maksudnya "Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu.jangan kamu bangga dengan apa yang kamu ada.mata cantik? tinggi lampai? boleh buat kerja cepat? pandai mengarang? pandai design?aku keje lebih dapat gaji lebih n dapat kete besar? idup aku senang? xde problem?aku anak orang kaye?pakwe aku kaye? idop aku complete? semua tu bukan kita punya. jika tiada izin untuk gerak, tiada lah geraknya. jika tiada izin untuk melihat, takkan dapat melihat.kita tak punya apa apa.kosong.bila kita kosong kita redha segala datang. kita ingat segala milik Dia.susah senang milik Dia.bila redha masalah kembali pada Dia.macammana nak handle problem? kita pergi balik dari mana asal datang masalah.pada siapa nak mengadu? mengadu ape manusia da buat kat kite?manusia sakitkan ati kite? orang buang kite? kite buat baik orang balas jahat?Dia dah beri kita ulang 17x sehari. "iyyakana'budu waiyya kanastai'n"takkan kita nak minta pertolongan dulu baru kita sembah? itu ke adab bertuan? adab bertuhan?"ya Allah... letakkanlah hijab di depannya.agar aku tidak melihat nya seperti yang aku lihat dia sebelum ini.""ya Allah... aku berlindung kepadamu dari segala kesedihan dan kekecewaan, sifat riak, sum'ah dan ghibbah""ya Allah... kurniakan lah aku hati yg tidak lupa mengingatiMu"“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu”-boleh menangis, boleh bersedih. tetapi jangan sekali kali berputus asa.

sekian,
najmunseven ^_^

Tuesday, September 16, 2008

Tajdid Iman: Membentuk karakter diri sebagai pembela agama

Setiap umat mesti berani menentang kemungkaran demi mengangkat kegemilangan Islam

SUDAH menjadi ketentuan Allah terjadinya penggantian gelombang antara yang benar dan salah secara bergilir. Ia diwakili oleh generasi yang berhaluan kanan dan kiri. Inilah dua karakter utama yang hidup di atas muka bumi ini sejak zaman Nabi Adam hinggalah akhir zaman nanti.

Ia termaktub dalam al-Quran sebagai pengajaran kepada seluruh umat manusia. Dua golongan ini diberi gelaran Hizbullah dan Hizbuttaghut.

Firman Allah yang bermaksud: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya sudah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia sudah berpegang kepada ikatan tali yang amat kuat yang tidak akan putus dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 256)

Namun demikian, di tengah-tengah keduanya ada golongan yang memerhati, mengintai dan mengambil peluang untuk sama-sama memperoleh kemenangan. Mereka yang di tengah itu tak peduli, siapa saja yang menang itulah yang akan disokong, ditolong dan dibela supaya mereka mendapat habuan bersama daripada kemenangan itu. Mereka tidak peduli apakah yang menang itu dari barisan orang beriman atau golongan Thaghut (syaitan yang mendorong melakukan kejahatan).

Firman Allah yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepian. Maka jika dia memperoleh kebajikan, tetaplah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia ke belakang. Rugilah dia di dunia dan di akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata." (Surah al-Hajj, ayat 11)

Generasi yang di tengah ini sebenarnya tidak mempunyai prinsip tetap, tidak beriman tetapi tidak juga mahu dipanggil 'wahai kafir'. Mungkin mereka patut diberi gelaran generasi 'campur-campur', yang suka mencampur perbuatan yang benar dengan batil.

Penyair ulung lagi terkenal menggoreskan penanya, Muhammad Iqbal menyatakan: "Seorang Muslim tidak diciptakan untuk mengikuti arus gelombang, lalu berjalan mengikuti langkah manusia ke mana saja. Tetapi seorang Muslim diciptakan untuk menatang dan menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban. Dialah yang menentukan arah yang harus diikuti manusia, menentukan kehendaknya kepada umat manusia kerana dia memiliki risalah dan tanggungjawab menyelamatkan dunia. Kedudukan seorang Muslim bukan pada kedudukan pengikut dan pak turut. Kedudukan mereka adalah kedudukan pimpinan yang membimbing dan memberi arah, kedudukan menyuruh dan melarang. Apabila zaman menentang dan menyulitkan, masyarakat berpaling ke arah kemungkaran, seorang Muslim tidak patut menyerah dan tunduk mengikuti zaman dan masyarakat itu, tetapi dia mestilah bangun menghadapinya dan tetap berjuang bermati-matian sampai Allah menetapkan ketentuan-Nya."

Demikianlah gambaran seorang Muslim harapan umat yang berusaha mengulangi kegemilangan generasi Islam pertama di bawah naungan Rasul-Nya yang mulia. Setiap Muslim mesti menginginkan dirinya termasuk dalam barisan pembela misi Rasulullah SAW.

Tetapi bukankah itu hanyalah sebuah impian dan angan-angan saja jika kita tidak berusaha memperbaiki karakter diri? Allah berjanji untuk memilih siapakah yang layak masuk dalam barisan pembela agama-Nya.

Antara syarat dan kelayakan seseorang yang berada di dalam barisan pembela misi Allah ialah:

l Kesucian karakter.

Umat Islam kini berhadapan dengan dunia global tanpa sempadan yang memperlihatkan transformasi dalam segala bidang kehidupan. Manusia saling mengenal dan berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran yang begitu kompleks.

Namun demikian lenturan itu pasti membawa kesan terhadap karakter seorang Muslim. Seorang Muslim yang sedar dengan realiti kehidupan kini, pasti merasa gerun terhadap bahaya yang mengancam moral manusia.

Seperti dulu, Baginda Rasulullah SAW begitu sedih menghadapi kerosakan akhlak manusia pada zamannya. Kekuatan yang diperlukan baginda diturunkan dari langit menerusi wahyu Ilahi yang bermaksud: "Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu, maka agungkanlah! Dan pakaianmu bersihkanlah. Dan perbuatan dosa maka tinggalkanlah. Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, maka bersabarlah." (Surah al-Muddaththir, ayat 1-7)

Allah menyuruh Baginda SAW dan umatnya supaya menjaga kesucian diri, memperbaiki akhlak dan bersabar di atas jalan yang benar. Untuk itu, Rasulullah SAW pernah mengajar sahabatnya keutamaan menjadi yang terbaik supaya mereka sentiasa mempertingkatkan kredibiliti demi memperkuatkan umat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapakah aku? Sahabat menjawab: Engkau adalah utusan Allah, semoga keselamatan ke atasmu. Nabi SAW bersabda: Aku adalah Muhammad bin Abdul Mutthalib. Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dan menjadikan daripada mereka dua kumpulan. Lalu menjadikan aku di dalam kumpulan yang terbaik, kemudian Dia menjadikan mereka beberapa kabilah dan menjadikan aku dalam kabilah terbaik. Kemudian Dia menjadikan beberapa rumah dan menjadikan aku dalam rumah yang terbaik dan yang paling baik jiwanya." (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)

l Memiliki kefahaman Islam yang asli.

Sesungguhnya belum sempurna pembersihan diri yang dilakukan tanpa diiringi usaha membekalkan kefahaman Islam. Memahami Islam bukan setakat melaksanakan ibadat fardu dan sunat, tetapi lebih meluas ke medan dakwah, ekonomi, politik dan semua sistem kehidupan.

Ramai generasi baru yang terpengaruh oleh slogan liberalisme dan sekularisme dalam Islam. Memisahkan agama daripada urusan dunia dan mempercayai semua agama adalah benar kerana mengajak manusia ke arah kebaikan.

Racun-racun ini melumpuhkan kefahaman Islam mereka yang kurang pendedahan mengenai Islam. Mereka hanya mengenal Islam dari kulitnya saja tidak sampai ke inti. Lalu Islam menjadi tidak begitu popular dan timbul sangkaan bahawa agama ini agama yang susah, kerana mereka didedahkan mengenai perkara yang haram saja.

Mereka tidak diajar keindahan Islam dan kemudahan ajarannya. Mereka tidak mengetahui jalan manakah yang selamat dan bagaimana melaksanakan Islam seperti asalnya, iaitu berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah Rasulullah SAW dan sunnah Khulafaurrasyidin. Kebanggaan terhadap Islam menjadi luntur di tengah kehebatan fahaman kapitalis, materialis, sosialis, liberalis dan segala bentuk fahaman palsu ciptaan manusia.

l Membabitkan diri dalam misi Allah.

Seorang Muslim harus menyedari dia membawa nama Islam ke mana saja dia pergi dan dengan siapa dia bergaul, maka sudah tentu dia tidak mahu menjadi orang yang mengaibkan Islam dengan sikap dan tingkah laku negatif.

Dia berdiri dengan semangat Islam yang membara untuk merebut peluang mengharumkan nama Islam. Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, apakah yang sudah anda persembahkan untuk kejayaan agama Allah, sudahkah kita menjadi pembela misi Allah yang mahu merancang, mengatur strategi dan membuktikan perjuangan dakwah Islam? Atau mungkin fokus kita hanya mahu mementingkan diri sendiri?

Apakah bukti yang menunjukkan kita memperjuangkan agama? Padahal Umar bin al-Khattab pernah berkata: "Kita adalah kaum yang paling hina, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam maka sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain Islam nescaya Allah akan menghinakan kita."

Untuk apa harta dan kedudukan, ilmu dan kemahiran jika tidak digunakan untuk membela Islam? Semua akan habis, hancur dan lenyap sama sekali, melainkan satu bukti. Bukti yang tertulis dalam kitab biografi seorang hamba, yang tersimpan kukuh di 'Illiyyin.

Kitab itu menyimpan kenangan dan perjuangannya membela misi Ilahi di sepanjang kehidupannya dulu. Apakah ada catatan sebegini dalam biografi hidup kita? Masa masih ada, maka rebutlah peluang sebelum terlambat.


Saturday, September 13, 2008

Amalan empat kumpulan bezakan ibadah puasa

Sesetengah umat Islam anggap kewajipan ketika Ramadan sekadar adat, bukan ibadat

SEPANJANG bulan ini umat Islam berpuasa pada siang hari dan memperbanyakkan amal ibadat pada malamnya. Ramai yang berpuasa sebagai ibadat dan tidak kurang yang melaksanakannya sekadar memenuhi adat kebiasaan. Ada perbezaan antara ibadat dan adat.

Allah ketika mewajibkan puasa memberitahu bahawa fardu puasa sudah diwajibkan kepada umat terdahulu. Kepentingan puasa digambarkan dengan tujuannya iaitu untuk mencapai ketakwaan, penyerahan yang menyeluruh kepada Allah dan mencegah daripada melakukan kemaksiatan.

Menghayati ibadat puasa dengan sebenar-benarnya akan membawa seseorang kepada ketakwaan. Orang berpuasa secara ibadat yakin tujuan puasa dan sentiasa berusaha memelihara puasanya. Ibadat dilakukan dengan ikhlas sudah tentu memberi kesan dalam kehidupan.

Oleh itu, ketakwaan sebagai tujuan puasa menjadikan seseorang menjauhi kejahatan dan sentiasa melakukan ketaatan. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras seksaannya." (Surah al-Baqarah, ayat 196)

Ibn Abbas berkata, ketakwaan itu adalah taat kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan berkata Mujahid pula, ketakwaan adalah taat dan tidak melakukan kemaksiatan, berzikir dan tidak melupakannya, bersyukur dan tidak mengkufurkan nikmatnya.

Imam al-Ghazali menyebut, ketakwaan sebagai membersihkan hati daripada dosa sehingga ia sentiasa lurus berhubungan dengan Allah. Ketakwaan kepada Allah menjadikan seseorang suka melakukan perintah-Nya dan takut terjebak dalam kemurkaan-Nya, sentiasa mensyukuri nikmat-Nya, memohon keredaan, doa dan keampunan.

Ketakwaan menambahkan ketinggian dan kemuliaan di sisi Tuhan dan manusia bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mulia di sisi Tuhan kamu adalah orang yang bertakwa." (Surah al-Hujurat, ayat 3)

Ramadan adalah bulan diberkati. Sesiapa yang mengetahui fadilatnya akan merebut peluang pada bulan mulia ini dengan sebaik-baiknya untuk menambahkan keimanan dan ketaatan.

Ulama Syria, Mustafa al-Siba'iyy menggambarkan empat jenis manusia dalam menghadapi Ramadan iaitu:

  • Seseorang yang tidak banyak mengetahui mengenai Ramadan. Dia beranggapan datangnya Ramadan hanya menjadi penghalang bahkan tidak ada manfaatnya. Ramadan dipandang sebagai tradisi keagamaan semata-mata yang tidak memberi kesan positif baginya. Golongan ini tidak menunaikan kewajipan berpuasa.
  • Seseorang yang hanya memandang puasa Ramadan sekadar menahan lapar dan dahaga kerana dia sangat berkeinginan untuk tidak berpuasa bahkan mengolok-olokkan orang lain yang berpuasa. Dia berpura-pura berpuasa kepada orang yang tidak mengenalinya, tetapi secara terang-terang menampakkan kepada orang yang sejalan dengannya bahawa ia tidak berpuasa.

  • Seseorang yang hanya memandang Ramadan sebagai tradisi tahunan ditandai dengan hidangan melimpah sebagai kesempatan untuk berbual kosong sehingga fajar dan tidur siang sehingga terbenam matahari. Ia menjadi seorang yang pemalas melaksanakan tugasnya.

  • Seseorang yang memandang Ramadan sebagai saranan untuk memperbaiki fungsi jiwa manusia supaya jiwanya rela berkorban, melatih bersabar dan pendidikan yang mencerminkan ketakwaan.

    Inilah empat kategori manusia menghadapi Ramadan. Tanyalah diri, di manakah kita berada. Sesiapa menyambut Ramadan sebagai cara memperbaharui keimanan, pendidikan akhlak, memperkukuhkan rohani, mereka akan mendapat manfaat.

    Setiap Muslim yang berpuasa akan meningkatkan sikap taat, mengoptimumkan usaha meningkatkan perhambaan kepada Allah, bersikap rendah hati di bawah kebesaran-Nya, berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

    Di samping itu, sesiapa yang memandang mengikut hawa nafsu, melakukan kezaliman, permusuhan dan saling membenci adalah kelemahan yang akan mematikan roh dan semangat untuk berpuasa.

    Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan keji tidak ada ertinya bagi Allah walaupun ia meninggalkan makanan dan minuman." (Hadis riwayat Bukhari)

    Nabi SAW pernah berpesan supaya orang yang berpuasa tidak mengeluarkan kata keji dan kotor. Di samping itu, jika orang mengajak kepada pembunuhan atau perkelahian, perlu kita menyebut, "sesungguhnya saya berpuasa."

    Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Puasa adalah perisai, maka ketika di antara kamu sedang berpuasa maka hendaklah jangan melakukan tindakan keji dan menengking. Apabila ada seseorang yang mengumpat dan hendak membunuh kamu, maka katakanlah, "Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketulusan, Allah akan mengampunkan dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

    Keimanan akan diperoleh selagi dia tidak bercampur dengan perkara fasik dan maksiat. Sesiapa yang berpuasa pada siang dan melakukan ibadat pada malamnya, akan mendapat keampunan sepanjang waktu daripada Allah. Inilah nikmat terbesar dijanjikan Allah pada bulan mulia ini.

    Orang yang berpuasa, doanya mustajab. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga golongan yang mustajab doanya iaitu pemerintah yang adil, doa orang berpuasa ketika berbuka dan orang dizalimi yang tidak ada padanya dengan Allah hijab."

    Oleh itu, ketika berbuka, ingat untuk berdoa kepada Allah kerana waktu itu adalah mustajab doanya. Apabila duduk di hadapan hidangan, kamu bergembira maka itu adalah kegembiraan di dunia. Akan datang pula kegembiraan di akhirat ketika bertemu Allah kelak. Ramadan adalah bulan kegembiraan di dunia dan di akhirat.

    Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Di antara solat lima waktu, antara Jumaat hingga Jumaat lagi, antara Ramadan hinggalah Ramadan lagi itu dapat menghapuskan dosa apabila kamu menjauhi dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

  • Saturday, August 30, 2008

    Puasa tarbiah jiwa taat, ikhlas lakukan ibadat

    Ramadan bulan istimewa apabila setiap amalan dijanjikan ganjaran berlipat ganda

    KEDATANGAN Ramadan memang ditunggu umat Islam dengan perasaan gembira. Namun, ada juga sebilangan kecil umat Islam yang berasa tidak selesa, gelisah dan ceria dengan kedatangan Ramadan kerana terpaksa menjalani ibadat puasa.

    Bagi golongan kedua ini mereka berasakan satu beban berat kepada mereka dengan kehadiran Ramadan. Apa pun, suka atau tidak, Ramadan daripada perkiraan Islam cukup istimewa dan penuh dengan limpahan ganjaran pahala daripada Allah.

    Kira-kira dua hari lagi Ramadan akan menjelma dan umat Islam diwajibkan berpuasa. Adalah berdosa bagi sesiapa yang sudah akil baligh, sama ada lelaki atau perempuan, jika tidak menunaikan ibadat puasa.

    Andainya ada yang tidak berpuasa pada bulan itu sedangkan ia sudah akil baligh, maka ia hendaklah qada' (menggantikan) puasa yang ditinggalkannya pada Ramadan sebelum ini.

    Ibadat puasa Ramadan dan puasa sunat pada bulan lain bertujuan melatih diri supaya menjadi orang yang murqarrabin (orang yang dekat dengan Allah). Puasa juga boleh menginsafkan diri bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah di sisi-Nya.

    Bagi orang berpuasa pada Ramadan dengan hati tulus ikhlas dan mengharapkan keampunan Allah, akan diampuni Allah dosanya yang lalu.

    Berpuasa itu juga adalah sebagai tanda kita syukur dan terima kasih kepada Allah yang tidak putus memberi rezeki-Nya serta nikmat (kesihatan, keselamatan, ketenangan dan banyak lagi) yang tidak terhingga kepada kita selama ini.

    Sesungguhnya Ramadan mempunyai kelebihan dan keistimewaannya jika dibandingkan dengan bulan lain dalam kalendar Islam.

    Firman Allah yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk perbezaan di antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa." - (Surah al-Baqarah, ayat 185)

    Nabi Muhammad SAW bersabda: "Siapa berpuasa bulan Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Selain berpuasa melatih diri supaya bersifat sabar ketika berdepan dengan ujian, berpuasa juga menurut beberapa penyelidik ahli ilmu perubatan boleh menghindarkan penyakit dalam tubuh manusia. Demikian antara hikmah bagi orang yang berpuasa.

    Menyentuh ibadat puasa ini, menurut Imam Al-Ghazali ada tiga tingkat puasa iaitu puasa umum, puasa istimewa dan puasa paling istimewa.

    Puasa umum, ujar Imam al-Ghazali, ialah menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan anggota seks daripada memuaskan nafsu. Puasa istimewa pula ialah puasa yang dapat menghindar dan mengawasi pancaindera iaitu mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan sebarang dosa.



    Puasa paling istimewa, menurut Imam al-Ghazali, iaitu puasa yang ditambah lagi dengan puasa hati daripada semua keinginan yang rendah dan fikiran keduniaan. Inilah puasa yang paling tinggi darjatnya dan puasa semacam inilah yang dikehendaki Allah.

    Beruntung orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa dalam erti kata sebenar-benarnya seperti puasa paling istimewa yang disebut Iman al-Ghazali.

    Walau apa pun, ada dua kesenangan bagi orang yang mengerjakan puasa seperti diterangkan hadis Rasulullah SAW, iaitu kesenangan di kala berbuka dan kesenangan di kala bertemu dengan Allah di padang Mahsyar.

    Oleh kerana Ramadan adalah bulan mulia, maka umat Islam diingatkan supaya sentiasa menjaga kemuliaannya dengan tidak melakukan perbuatan atau pun tingkah-laku yang boleh mencemarkan kemuliaan bulan itu.

    Mencemarkan kemuliaan Ramadan bukan saja dengan melakukan makan minum di tempat terdedah kepada mata orang ramai di waktu siang, bahkan tidak bersolat, bercakap bohong serta mengumpat dan mengata orang juga boleh dikira mencemarkan bulan Ramadan. Sewajarnya sifat negatif itu tidak dilakukan dalam bulan Ramadan dan bulan lain juga.

    Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah mengeluarkan perkataan yang kotor dan jangan bertengkar. Jika kamu dicaci orang atau pun diajak berlawan, maka katakanlah sesungguhnya aku berpuasa." - (Hadis riwayat Bukhari dan Musim)

    Puasa Ramadan adalah perintah Allah. Orang yang berjaya menyempurnakan perintah Allah ini dan sekali gus berjaya melawan ujian serta godaan hawa nafsu dihadapkan kepadanya, maka sesungguhnya mereka adalah orang yang beroleh kemenangan besar.

    Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa." - (Surah al-Hujurat, ayat 13)

    Pada Ramadan, selain turunnya al-Quran, ada satu malam di antara malamnya yang Allah pilih sebagai satu malam tinggi nilainya iaitu malam lailatul qadar. Malam inilah yang dicari dan dirindui setiap umat Islam kerana ganjarannya adalah syurga bagi mereka yang berjaya memperoleh malam itu sewaktu mengerjakan amal ibadat.


    Saturday, August 23, 2008

    Cinta oh cinta...


    CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

    Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.

    Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32

    32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

    Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.

    Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

    Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami ata isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.

    Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.

    Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

    Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.

    Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.

    Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

    Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

    Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

    Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

    Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

    Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

    Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

    Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

    Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

    Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

    Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

    Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

    Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

    Anda telah besedia untuk bercouple jika..

    Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

    Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..

    Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai!

    Anda ada apa-apa cerita tentang cinta?


    petikan dari : http://ustaz-zamri.com/